JABATAN LATIHAN IPGK PEREMPUAN MELAYU
INFO JL
STAFF JABATAN LATIHAN 2017

ORG_1


ORGANISASI JABATAN LATIHAN 2017

1



Pengenalan

Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil 6/2005, Dasar Latihan Sumber Manusia telah ditetapkan iaitu setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri/dilengkapkan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (ULDP) ialah pihak pengurusan yang melaksanakan LPS di IPG. Unit ini berperanan dalam merancang dan mengendalikan pelbagai kursus atau program untuk seluruh staf (akademik dan bukan akademik) serta pegawai perkhidmatan pendidikan menerusi program yang sedia ada seperti kursus-kursus dalam perkhidmatan jangka panjang dan jangka pendek. Kursus-kursus yang dikendalikan melibatkan kursus dalam perkhidmatan dan kursus peningkatan profesionalisme keguruan.

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) ialah sebuah institut di Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertanggungjawab terhadap latihan perguruan di IPG. Sehubungan itu, IPGM sentiasa mengambil daya usaha untuk mempertingkatkan profesionalisme dan akademik guru melalui Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) dan Latihan Pembangunan Staf (LPS). Kursus ini merupakan mekanisme penting untuk guru meningkatkan tahap akademik, memantapkan pengetahuan dan kemahiran secara berterusan dan membangunkan diri supaya sentiasa bersedia menghadapi perubahan dalam pendidikan

VISI JABATAN LATIHAN

Memberi latihan berterusan yang berkualiti, kemas kini dan cemerlang ke arah meningkatkan kecemerlangan profesionalisme keguruan.

MISI JABATAN LATIHAN

Sentiasa bersedia dengan penuh komitmen dan professional dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pendidik negara menerusi penggabungan keimanan, ilmu pengetahuan dan kemahiran komprehensif serta dinamik.

OBJEKTIF KUALITI JABATAN LATIHAN

Jabatan Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme memastikan:

i. 90% daripada perancangan latihan pembangunan staf adalah berdasarkan kepada Analisis Keperluan Latihan.

ii. 90% daripada Latihan Pembangunan Staf yang dirancang dilaksanakan dengan mengambil kira LPS tambahan.

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan berhasrat untuk :

i. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat menghadapi oerubahan semasa dalam sistem pendidikan negara.

ii. Mendedahkan peserta-peserta kursus kepada perkembangan-perkembangan semasa yang berkaitan dengan pendidikan sekolah rendah dan menengah.

iii. Melengkapkan peserta-peserta kursus dengan pendekatan terkini, kemahiran berfikir dan kemahiran menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan lagi mutu profesionalisme mereka supaya menjadi guru yang berdedikasi, inovatif, kreatif dan berkebolehan dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

ASAS PERTIMBANGAN

1. Dalam kenyataan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) penekanan pendidikan harus diberikan kepada bidang latihan dan pembanguna sumber manusia bagi meningkatkan kualiti kerja dan merealisasikan pendidikan sepanjang hayat.

2. Pada 29 November 2005 dalam Mesyuarat Pelaksanaan Pembekalan Peralatan ICT Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Fasa IV, Rujukan:KPS.10102/1/JLD.5 (52), YB Menteri Pelajaran Malaysia, Dato’ Seri Hishamudin bin Tun Hussein telah menegaskan bahawa mesti ada satu badan yang menyelaraskan semua latihan guru yang dijalankan oleh mana-mana bahagian dalam KPM. Atas dasar inilah beliau menyokong penuh pembentukan IPG bagi memartabatkan pelbagai bidang latihan keguruan.

FUNGSI & MATLAMAT

1. Melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang memfokuskan peningkatan profesionalisme keguruan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran kepada guru pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), justeru pendedahan kepada guru terlatih tentang perubahan dan perkembangan baru dalam bidang pendidikan perlu dipertingkatkan.

2. Keutamaan latihan adalah dalam peningkatkan akademik melalui pendidikan lanjutan dan peningkatan profesionalisme guru-guru. Latihan pembangunan dan kompetensi staf juga akan diberi perhatian dengan tujuan mengekalkan dan meningkatkan motivasi serta komitmen guru terhadap pendidikan juga, meningkatkan kreativiti dan inovatif ke arah menjadi guru yang lebih berkesan dalam bilik darjah.

3. Menambah bilangan guru-guru siswazah dan bukan siswazah mengikuti kursus peringkat ijazah pertama dan lanjutan.

4. Memastikan setiap guru dalam perkhidmatan berpeluang menghadiri kursus sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dalam setahun.

RUJUKAN - STANDARD LATIHAN

1. Tertakluk kepada piawaian MS ISO 9001:2000.

2. Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 Tahun 2005 : Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam

3. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2005 : Pelaksanaan Pelan Latihan Sumber Manusia.

Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
LINK POPULAR










VIDEO LPS : KURSUS PENGURUSAN STRESS IPGKPM - 2/8/2017
GELOMBANG 2 PPPM 2013-2025
VIDEO CPD ART THERAPHY (12/7/2017)
VIDEO CPD INOVASI PdP DLM MATEMATIK (4&5/7/2017)
STRATEGI P&P ABAD 21 - GALLERY WALK
STRATEGI P&P ABAD 21 - JIGSAW
Users Online
Guests Online: 1

Members Online: 0

Total Members: 2
Newest Member: abdullah
Powered by PHPFUSION copyright © 2002 - 2017 by Nick Jones. Released as free software without warranties under AGPL V3| E-MAIL | DESIGN by: OZAN