JABATAN LATIHAN IPGK PEREMPUAN MELAYU
INFO CPD /PPB
CONTINUING PROFESSIONAL DEVELOPMENT ( CPD ) / PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN ( PPB )

Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) atau Continuous Professionalism Development (CPD) dibangunkan bagi melengkapi usaha-usaha pembangunan profesionalisme kepada guru dan pemimpin sekolah. Aktiviti pembangunan profesionalisme sedia ada yang dikenali sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP/LDP) dan Latihan Pembangunan Staf (LPS) telah dimantapkan seiring dengan amalan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB).

Pelan PPB bertujuan mentransformasikan amalan ini bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasa profesion keguruan. Guru dan pemimpin sekolah yang kompeten dan berkualiti adalah faktor penentu kepada keberhasilan murid. Kompetensi dan kualiti guru dan pemimpin sekolah dapat ditingkatkan melalui pelibatan secara formal dan tidak formal dalam aktiviti PPB.

Pelan ini mengandungi dua bahagian -. bahagian pertama menjelaskan transformasi amalan dan pelaksanaan PPB dan bahagian kedua mengandungi kit PPB yang mencadangkan strategi pelaksanaan PPB yang boleh digunakan oleh guru dan pemimpin sekolah.

Dalam konteks negara kita, amalan PPB merangkumi kedua-dua inisiatif, iaitu inisiatif kendiri dan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KPM berhasrat untuk mentransformasikan amalan PPB dengan meningkatkan PPB inisiatif kendiri. Mulai tahun 2014, KPM memperkenalkan Pelan PPB untuk guru dan pemimpin sekolah bagi mengupayakan dan memberi autonomi kepada mereka meningkatkan kebertanggungjawaban dan akauntabiliti terhadap pembangunan profesionalisme secara kendiri.

BUKU PANDUAN PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN

CPD YANG DIANJURKAN OLEH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

MUAT TURUN BROSHUR 2 ( JUN - OKTOBER 2017 )

Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
LINK POPULAR










VIDEO LPS : KURSUS PENGURUSAN STRESS IPGKPM - 2/8/2017
GELOMBANG 2 PPPM 2013-2025
VIDEO CPD ART THERAPHY (12/7/2017)
VIDEO CPD INOVASI PdP DLM MATEMATIK (4&5/7/2017)
STRATEGI P&P ABAD 21 - GALLERY WALK
STRATEGI P&P ABAD 21 - JIGSAW
Users Online
Guests Online: 1

Members Online: 0

Total Members: 2
Newest Member: abdullah
Powered by PHPFUSION copyright © 2002 - 2017 by Nick Jones. Released as free software without warranties under AGPL V3| E-MAIL | DESIGN by: OZAN